Jumat, 14 September 2018

‘Menteri Kewangan Hong Kong’, Guan Eng Jadi Bahan Lawak Di Media Sosia

Laman Facebook Kementerian Kewangan Malaysia dibanjiri dengan komen netizen yang ‘membahan’ Menteri Kewangan Lim Guan Eng, gara-gara perkataan ‘Hong Kong’. 
Komen-komen sindiran itu ditulis di bawah gambar kenyataan media Guan Eng yang dimuat naik di akaun Facebook kementerian berkenaan.
Kenyataan media tersebut bertajuk ‘Prestasi Nilai Matawang Ringgit Di Antara Yang Terbaik Sungguhpun Berlaku Perubahan Kuasa’ dan diakhiri dengan nama Guan Eng, jawatan beliau serta lokasi kenyataan itu dibuat iaitu Hong Kong.
Bagaimanapun, perkataan ‘Hong Kong’ yang diletakkan selepas jawatan Menteri Kewangan dijadikan bahan ketawa netizen yang melabel Guan Eng sebagai ‘Menteri Kewangan Hong Kong’.


Malah ada antara mereka yang sempat menangkap layar (screenshot) kenyataan media yang dimuat naik itu.


Bagaimanapun, menerusi carian di akaun berkenaan mendapati kenyataan media tersebut sudah dibuang, dengan lokasi asal ‘Hong Kong’ juga digantikan dengan ‘Putrajaya’.  -SuaraTv 



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait