Minggu, 16 September 2018

Saya maafkan Tun M walau dia SUMBAT saya ke penjara, soal wang negara dia kena bertanggungjawab

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaafkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meskipun beliau ‘memasukkan’ Anwar ke dalam penjara.

Begitupun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu menegaskan kemaafan itu hanya untuk apa yang telah diperlakukan kepada dirinya, bukan atas apa dilakukan kepada rakyat.

“Saya kata dari segi peribadi saya maafkan dia walaupun dia sumbat saya masuk penjara...dua minggu pertama saya tidur atas simen.

“Tapi soal wang negara, soal hak rakyat tak mungkin saya maafkan, kena ikut proses lah. Kalau terbukti dia bersalah, nasiblah.

“Apa saja yang anda ambil daripada rakyat, anda mesti bertanggungjawab,” katanya dalam dialog bersama anak muda di sebuah hotel, di sini petang tadi. - SH


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait