Minggu, 21 Oktober 2018

Jangan Minum Air Paip, Masak Dahulu - Timb. Menteri Kesihatan

BATU GAJAH - Air paip perlu dimasak terlebih dahulu sebelum ia boleh diminum berikutan air yang diproses disalurkan melalui paip yang berkemungkinan telah lama digunakan serta berkarat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, adalah lebih baik orang ramai tidak meminum air secara terus daripada paip tetapi perlu memasaknya terlebih dahulu.

Air paip yang telah diproses menerusi loji rawatan air boleh terus diminum kerana ia memang memenuhi piawaian ditetapkan.

Tetapi apabila ia disalurkan ke paip yang jaraknya berpuluh kilometer sebelum air itu sampai ke rumah, kita tidak tahu sama ada ia selamat untuk diminum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Kampung Baru MTD di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar semasa Persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini yang memberi jaminan bahawa air paip di negara ini selamat untuk terus diminum.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismal, mengesahkan sistem bekalan air di negara ini bukan saja bersih dan selamat diminum secara terus, malah bebas bakteria e-Coli. - Bernama


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait