Kamis, 01 November 2018

Kalau jadi Zamani, saya tarik diri lebih awal – Jamal Abdillah

Kalau jadi Zamani, saya tarik diri lebih awal – Jamal Abdillah


KUALA LUMPUR – Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkata, dia akan menarik diri daripada membuat persembahan lebih awal jika berada di tempat penyanyi Zamani.

Jamal, 59, memberitahu, ini kerana dia tidak mahu menghampakan penonton dan peminat apabila muncul di atas pentas tanpa dapat mengeluarkan suara.

“Tapi dari sisi lain kita dapat lihat ramai peminat yang menyayangi Zamani.

“Namun kalau saya sendiri dari awal lagi sudah tarik diri dan menyerah kalah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Konsert Duo Legenda di sini hari ini.

Jamal berkongsi pengalamannya tentang insiden yang dialami oleh bekas vokalis Slam itu sewaktu menyertai persembahan Gegar Vaganza musim kelima pada konsert minggu lalu.

Jamal turut menyarankan Zamani agar mendapatkan rawatan menggunakan steriod bagi mengurangkan bengkak di bahagian tekaknya.

Beliau berkata, nasihat itu berdasarkan pengalaman dirinya berdepan masalah sama sewaktu mengadakan konsert tanpa henti dua tahun lalu.

Jelas beliau, Zamani ketika ini perlu banyak berehat dan mengamalkan minun air kosong serta kurang bercakap jika ingin pulih dengan cepat.

“Saya pernah alami masalah seperti Zamani iaitu vokal koyak kerana mengadakan persembahan tanpa henti termasuklah sewaktu mengadakan konsert di Istana Budaya.
“Pad malam terakhir suara saya tidak keluar dan sebelum persembahan, doktor pakar dipanggil untuk memberi suntikan steriod.

“Alhamdulillah akhirnya saya dapat mengadakan persembahan seperti biasa,” katanya.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait