Kamis, 01 November 2018

Asalnya Nak Buang Jin Tapi Ini Yang Ustaz Dapat

Asalnya Nak Buang Jin Tapi Ini Yang Ustaz Dapat


PETALING JAYA: Seorang pengamal perubatan Islam mencuit hati netizen apabila memuat naik posting tentang rawatan ruqyah ke atas seorang pesakit wanita dalam kejadian di Kuantan, Pahang pada Rabu malam.

Norazri Medzlan, 35, yang kebiasaannya memakai sarung tangan ketika merawat pesakit wanita disebabkan oleh batas syariat terkejut apabila sarung yang dipakainya itu dipenuhi dengan kesan bedak asas pesakit berkenaan.

Pada posting tersebut, Norazri atau lebih selesa disapa sebagai ‘ustaz’ menulis: "Ruqyahkan (mengubati) pesakit wanita tadi, sambil tu pegang dahi dia.

"Sekali tengok dekat sarung tangan, 'ambik' kau. Foundation (bedak asas) selori tempek di muka. Nak buang jin ke nak mengorat aku ni?"

Posting bersahaja nukilan Norazri berserta gambar sarung tangan tersebut sebagai bukti meraih lebih 5,500 tanda suka (like) dan mendapat 3,427 perkongsian di Facebook.

Kata bapa kepada empat anak itu, kebiasaannya para pesakit wanita memang memakai solekan ketika mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan As-Syifa An-Nur miliknya itu, namun pesakit wanita yang dirahsiakan identitinya itu mungkin mengenakan solekan yang lebih tebal berbanding pesakit yang lain.



Sarung tangan digunakan oleh Norazri yang dipenuhi dengan kesan bedak asas pesakit.

"Pesakit-pesakit yang datang ni biasanya memang pakailah benda macam tu (solekan), tapi tiadalah tebal sangat.

"Mungkin mereka nak pergi ke pusat beli-belah selepas itu, tapi tak sedap badan dan datang ke sini untuk dirawat," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Jelas Norazri, ketika kejadian, dia memegang bahagian ubun-ubun pesakit wanita tersebut sebelum beralih ke bahagian dahi sambil mengalunkan bacaan ruqyah untuk mengubati pesakit.

Ketika bacaan Surah al-Baqarah ayat 102 dibacakan, pesakit mula berasa panas dan berpeluh sehingga menyebabkan solekan pada wajahnya juga melekat pada sarung tangan yang dipakai pengamal perubatan tersebut.

"Selepas dah selesai tu, saya terkejut tengok kesan pada sarung tangan dan meminta izin daripada pesakit untuk dikongsikan di Facebook.

"Dia pun tergelak tengok sarung tangan tu dan dia benarkan saya untuk muat naik gambar," ujarnya yang memiliki tiga pusat rawatan iaitu di Kuantan, Jengka dan Segamat.


Norazri gemar berjenaka ketika membuat perkongsian di laman Facebook.

Tambah Norazri, dia tidak menyangka posting tersebut akan tular kerana selama ini memang gemar berkongsi tentang rawatan yang dilakukan dan diselitkan dengan unsur humor.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen yang beranggapan dia telah mengaibkan pesakit wanita terbabit sedangkan dia telah meminta izin daripada pesakit.

"Saya memang selalu bergurau di Facebook, tak mahu Facebook ni jadi tempat untuk serius sahaja.

"Jika saya memuat naik gambar atau video pesakit sebelum ini pun, saya akan pastikan identitinya dilindungi," jelas pesara tentera itu.

Menurut Norazri, dia pernah berkhidmat sebagai anggota tentera selama 12 tahun, namun terpaksa bersara awal apabila disahkan mengalami masalah pendengaran.



Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait