KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar cawangan parti politik ditubuhkan di Universiti Awam (AU).
Katanya, mahasiswa kini sudah diberikan kebebasan bersuara yang secukupnya.
"Anda (mahasiswa) bebas bercakap sebagaimana anda mahukan, jadi tubuh parti politik tak payahlah dekat universiti," katanya ringkas ketika menjawab soalan media mengenai cadangan penubuhan cawangan parti politik di AU.
Beliau ditemui pemberita selepas berakhirnya majlis Anugerah Felow Akademi Sains, di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: Cawangan parti boleh ditubuh di UA selepas AUKU dipinda]
Maszlee sebelum ini menegaskan bahawa cawangan parti politik boleh ditubuhkan di UA apabila Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) dipinda.
Beliau berkata pindaan itu juga selari dengan cadangan penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun.
Katanya, dengan perubahan Auku yang akan dilakukan, akan ada Kelab Mahasiswa BN di UA, akan ada Kelab PH Kelab Bersatu PBB dan kelab-kelab lain yang ingin ditubuhkan sebagaimana di negara maju.
Jelasnya, ini selaras dengan penurunan umur mengundi yang akan kita cadangkan nanti.
Katanya, jika diturunkan umur mengundi kepada 18 tahun, maka pelajar akan bebas berpolitik, boleh mencalonkan diri mereka, boleh mengundi tanpa sebarang sekatan.
Bagaimanapun Maszlee berkata penubuhan cawangan parti politik itu hanya terpakai di UA yang tertakluk kepada Auku. - SH
Appear first on Sudut Malaysia