Kamis, 10 Januari 2019

ADUN Semenyih meninggal dunia 4.45 pagi tadi

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan (ADUN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor, meninggal dunia pada pukul 4.45 pagi ini di Hospital Kajang, dipercayai akibat serangan jantung.

Perkara ini dimaklumkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Borhan Aman Shah, dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Semenyih dan akan disembahyangkan sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Pasir, Semenyih.

Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Pasir.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas, Bakhtiar menang kerusi Semenyih dengan majoriti 8,964 undi mengalahkan Datuk Johan Abd Aziz (BN), Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). - Astro Awani


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait