Kita (rakyat biasa bukan bangsa DAP) bersyukur apabila individu-individu yang menghina Yang diPertuan Agong XV dan Raja-raja Melayu dikenakan tindakan oleh syarikat tempat mereka bekerja.
Kita (rakyat biasa bukan bangsa DAP) tahu suara kita didengari oleh syarikat-syarikat tersebut akibat kuasa viral yang memaksa mereka ini dikenakan tindakan atas sikap biadap dan kurang ajar.
Kita juga lega apabila pihak polis turut mengambil tindakan menggunakan Akta Hasutan ke atas mereka yang menggunakan platform media sosial sebagai wadah untuk melanggar salah satu prinsip Rukun Negara - Kesetiaan kepada Raja dan Negara.
Tetapi kita hairan kenapa menteri-menteri dari DAP terutama yang menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo kelihatan 'senyap' dan tuli dalam usaha menghalang tindakan sedemikian.
Saya nak persoalkan - Apakah Gobind 'merestui' kebiadapan individu yang melanggap prinsip Rukun Negara berkenaan? Apakah Gobind suka individu-individu dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan - suatu akta yang dikritik hebat oleh DAP sebelum ini?
Atau - apakah ini membuktikan bahawa DAP tidak menghormati prinsip kedua Rukun Negara itu? Apakah tindakan DAP ini mengiyakan dakwaan sesetengah pihak bahawa DAP tidak suka Raja-raja Melayu?
Kita tahulah DAP tidak mahu menerima gelaran kebesaran dari Raja-raja Melayu, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mempertahankan Rukun Negara yang menjadi asas kemakmuran dan kejayaan Malaysia.
Semakin hari, sejak 9 Mei yang lalu, bangsa DAP makin menunjukkan 'perangai mereka' yang sebenar selepas diberikan kuasa untuk memerintah Putrajaya dan umat Melayu Islam yang mengundi logo PKR akan terus 'tercengang' untuk beberapa tahun lagi.
Amran Ahmad Nor
Ahli DAP yang dipecat
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga
Presiden Consent Malaysia
#BiarmatiberdiridarihidupmelututpadabangsaDAP
#Cukupsekali

Appear first on Sudut Malaysia