Saya bukan seorang perokok.
Malah, saya sering nasihatkan mereka yang masih merokok untuk meninggalkan tabiat itu.
Pendek kata, saya menyokong penuh hasrat kerajaan PH untuk menurunkan jumlah perokok di Malaysia.
Namun saya rasa kita juga perlu menghormati pilihan mereka yang masih mahu memilih tabiat merokok dan belum sedia untuk berhenti.
Di bawah pentadbiran BN lalu ketika saya masih PM, kerajaan telah laksanakan larangan merokok di semua pejabat, restoran berhawa dingin dan hotel pada 2016 namun memberi kelonggaran untuk mereka wujudkan kawasan merokok di luar premis mereka.
Kita juga sedar bahawa sektor pelancongan dan sektor makanan dan minuman akan menerima kesan jika larangan ini terlalu tegas dan menekan mereka.
Tetapi kerajaan PH kini telah menarik kelonggaran ini.
Negara barat yang amat prihatin terhadap kesihatan dan sedar akan kesan merokok juga ada kelonggaran untuk mewujudkan kawasan merokok di luar premis.
Jika kebimbangan kerajaan adalah terhadap kanak-kanak akan terdedah kepada asap rokok, mengapa tidak membuat pertimbangan untuk adakan had masa larangan merokok di kawasan luar premis?
Mungkin larangan merokok di kawasan ditetapkan di luar premis boleh dikecualikan selepas jam 9 malam.
Namun, kawasan dalam premis biarpun tidak berhawa dingin boleh diteruskan dengan larangan berkenaan bagi membolehkan bukan perokok menikmati makanan dan minuman mereka.
Terdapat banyak cara lain untuk menggalakkan rakyat untuk berhenti merokak.
Antaranya meningkatkan program kempen kesihatan, "patch nicotine" dan kempen anti merokok.
Tetapi larangan merokok yang terlalu drakonian adalah tidak adil kepada mereka yang masih memilih untuk merokok dan tidak adil buat peniaga di sektor F&B dan pelancongan.
Sekarang di kaki lima juga tidak dibenarkan merokok.
Jika di kaki lima pun tak boleh rokok, adakah mereka hanya boleh merokok di tengah jalan tunggu bas untuk langgar?

Oleh : Najib Razak
#CelahGelegarPenulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6
Appear first on Sudut Malaysia