Rabu, 09 Januari 2019

Menara PNB 118 : Hasil Kerajaan Dulu, akhirnya pencarum ASB dan ASN jadi pemiliknya

Pembangunan Menara PNB 118 yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Warisan Merdeka, sudah mencapai tahap 44 tingkat dan dijangka siap pada tahun 2023.

Bangunan milik penuh PNB ini akan disewa keluar untuk terus menjana hasil jangkamasa panjang.

Walaupun masih belum siap, hampir 50% dari bangunan berprestij ini sudah mendapat penyewa.


Oleh kerana rancangan kita yang terperinci dahulu, PNB118 sudah dihubungkan dengan stesen MRT Merdeka, stesen Monorel Maharajalela dan berdekatan dengan jajaran LRT yang sedia ada.


Projek ini memberi impak ekonomi sebanyak RM11 bilion untuk negara dan bakal menjadi satu lagi ikon kebanggaan negara.

Kerja-kerja pencerucukan dan pembinaan asas untuk PNB118 telah dilaksanakan oleh syarikat tempatan Pintaras Geotechnics Sdn Bhd.

Akitek bangunan ini juga syarikat tempatan RSP Architects Sdn Bhd bersama dengan syarikat Australia terkenal.

Manakala kontraktor pembinaan utama ialah syarikat UEM Bhd milik Khazanah Nasional bersama syarikat Korea Selatan Samsung.

Akhirnya, pemilik muktamad PNB118 ialah pencarum-pencarum ASB dan ASN.

PNB119 akan menjadi menara tertinggi di Malaysia dan ASEAN, ketiga tertinggi di Asia, dan kelima tertinggi di dunia.
Dirancang, dibina dan dimilik oleh Malaysia - bukan kroni.

Oleh : Najib Razak
Penulis adalah Perdana Menteri Malaysia Ke-6


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait