Senin, 07 Januari 2019

Lelaki Thailand di Penjara 35 tahun, hina Raja, di Malaysia berapa Cina, India dah kena tahan?


Memandangkan semakin ramai yang biadap dan kurang sopan, mungkin kita boleh kenalkan undang-undang seperti di Thailand untuk mereka yang menghina Sultan & Raja.
.
Apa pendapat sahabat semua? Setuju?
.
#firdauswong
Firdaus Wong Wai Hung

Pengamal undang-undang dan pakar sejarah mahu individu yang didapati salah menghina institusi Raja dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara mandatori.
Selama ini Hanya Akta Hasutan 1948 digunakan
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan. Katanya, Raja adalah ketua agama Islam pada peringkat negara dan negeri yang diperintah Raja serta menjadi simbol kedaulatan Melayu.
Gubal Akta Baru

Beliau berkata, ketika ini mereka yang menghina institusi Raja dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, dan apabila undang-undang baru dikuatkuasakan ia hendaklah menerusi penggubalan akta baru. Perbuatan menghina Raja atau Sultan tidak sama dengan menghasut yang termaktub di bawah akta sedia ada, ia seharusnya diasingkan kerana martabat institusi itu amat tinggi dalam masyarakat Melayu sejak era kegemilangan kesultanan Melayu. Kita semua sedia maklum perkembangan Islam berkait rapat dengan peranan Raja.


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait