Senin, 07 Januari 2019

Sultan Johor menerima mengadap Dr Mahathir Khamis ini?


JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, dijangka menerima mengadap Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di Istana Bukit Serene, dekat sini, Khamis ini.
Difahamkan pertemuan pertama antara Sultan Johor dengan Dr Mahathir sejak dilantik semula sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, turut disertai isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Bagaimanapun mengikut sumber, agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan pertemuan itu akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15.
“Dr Mahathir dan isteri diberi perkenan untuk mengadap Sultan Johor pada Khamis ini. Agenda pertemuan itu tidak diketahui tetapi sudah pasti itu menarik perhatian kerana ia pertama kali Perdana Menteri diterima mengadap sejak perubahan kerajaan tahun lalu.
“Sejak kembali mentadbir negara, Perdana Menteri tidak pernah secara rasmi bertemu Sultan Johor. Jadi, ini adalah pertemuan pertama mereka,” kata sumber kepada NSTP, hari ini.
Sementara itu, sumber menafikan khabar angin mengenai kebimbangan pihak tertentu di Putrajaya bahawa Sultan Johor mahu melaksanakan cara sendiri jika dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong.
“Di Johor, Baginda menetapkan setiap Rabu, Menteri Besar, EXCO atau pegawai jabatan kerajaan boleh mengadap bagi mengemukakan sebarang isu atau laporan.
“Terdapat kebimbangan bahawa jika Sultan Johor menjadi Yang di-Pertuan Agong, Baginda akan menggunakan cara itu untuk Perdana Menteri dan Kabinet. Perkara itu tidak benar,” katanya. - BH Online 


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait