Kamis, 10 Januari 2019

Zaman PH ANJING berkuasa : Penduduk sedia ikut jika Pengerusi Masjid dipenjara



SEREMBAN 10 Jan. - Penduduk Taman Lavender Heights di sini sanggup dipenjarakan demi mempertahankan pengerusi masjid kawasan itu, Mohd. Asna Amin yang dikaitkan dengan kematian beberapa ekor anjing dipercayai akibat diracun baru-baru ini.

Perkara itu ditegaskan oleh seorang penduduk, Datuk Seri Abd. Rahim Mohd. Radzi semasa majlis dialog antara penduduk dan pihak berkuasa berkaitan isu anjing di sini malam tadi.

Jika pengerusi masjid kami dipenjarakan, saya juga akan ikut bersama, bahkan semua penduduk taman perumahan ini,” katanya yang menerima sorakan tanda sokongan daripada kira-kira 200 penduduk yang hadir.

Mohd. Asna yang merupakan Pengerusi Masjid Ibnu Khaldun Lavender Heights disiasat polis selepas seorang penduduk membuat laporan mendakwa tiga ekor anjing termasuk seekor miliknya mati akibat diberi racun awal bulan ini.

Beliau menjadi sasaran kecaman selepas tangkap layar perbualannya dengan penduduk berhubung isu anjing di perumahan itu menerusi aplikasi WhatsApp tular baru-baru ini.

Abd. Rahim yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkata, sepanjang 10 tahun tinggal di perumahan itu, isu anjing liar semakin serius selain sikap penduduk yang membela sehingga lima ekor anjing memburukkan lagi masalah.

Katanya, beliau dan isteri pernah diancam anjing semasa berjoging, manakala puluhan haiwan peliharaan penduduk seperti arnab dan kucing dibunuh anjing yang berkeliaran.

Beliau turut kesal dengan tindakan seorang penduduk membuat laporan polis mendakwa anjingnya diracun dan gambar anjing yang mati disebarkan sehingga Mohd. Asna dituduh terlibat dalam kejadian itu.

“Adakah dia bertimbang rasa dan rasional, buat laporan polis seolah-olah anjing dia seorang saja yang mati. Bagaimana dengan kucing penduduk yang mati dikerjakan anjing. Rumah dan masjid kami dimasuki dan dicemari najis anjing, adakah nasib kami terbela?

“Kami tak kisah kalau mereka bela anjing di dalam rumah atau anjing mereka bising dan menyalak. Tetapi ada anjing yang menyerang dan mengancam keselamatan penduduk walaupun aduan telah banyak kali dibuat,” katanya.

Dalam pada itu, wakil Majlis Perbandaran Seremban (MPS) berkata, pihaknya telah menangkap 8,000 ekor anjing liar di sekitar Seremban pada tahun 2016 dan 4,000 ekor lagi pada 2017 melalui dua syarikat yang dilantik menjalankan kerja-kerja tersebut.

Bagaimanapun, operasi terpaksa dihentikan pada Julai 2017 sehingga kini selepas ada pihak mempertikaikan kuasa MPS menangkap dan melupuskan haiwan berkenaan.

Majlis dialog turut dihadiri Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr. Nik Hamidah Nik Husin. - UTUSAN ONLINE


Appear first on Sudut Malaysia

Artikel Terkait